HONOLULU – Hawaii memberitahu negeri itu tidak mempunyai perlindungan “munasabah” untuk menghalang amaran peluru berpandu palsu yang menyebabkan rakyatnya panik pada Sabtu lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), Ajit Pai berkata kesilapan itu “sememangnya tidak boleh diterima”.

Kelewatan selama 38 minit dalam melakukan pembetulan menjadikan keadaan lebih buruk, tambahnya.

Beliau menyeru pegawai di semua di Amerika Syarikat untuk bekerjasama membetulkan setiap kelemahan.

Penduduk dan pengunjung di Hawaii terkejut selepas menerima amaran palsu, kononnya negeri itu bakal dibedil peluru berpandu balistik yang dihantar melalui telefon bimbit pada pagi Sabtu.

Memohon maaf kemudian, Gabenor Hawaii, David Ige berkata, amaran itu terkeluar selepas seorang kakitangan tersalah tekan butang.

Amaran itu turut disiarkan di stesen televisyen dan radio.

Hawaii mempunyai sistem amaran itu kerana kedudukannya yang paling hampir dengan potensi peluru berpandu Korea Utara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast