BANGKOK – Sebuah motosikal meletup di sebuah pasar di wilayah Yala, selatan Thailand telah mengorbankan tiga orang dan menyebabkan 18 yang lain tercedera, demikian menurut jurucakap Pemerintah Operasi Keselamatan Dalaman (ISOC).

“Penjenayah tersebut telah meletakkan sebiji bom di motosikal dan meletakkannya bersebelahan troli pasar.

“Impak daripada letupan tersebut menyebabkan tiga mangsa kehilangan nyawa,” kata Pramote Prom-in.

Setakat ini masih tiada kumpulan yang mengaku bertanggung jawab terhadap serangan yang berlaku pada pagi tadi.

Wilayah berkenaan telah mengalami ratusan serangan sejak 2004 yang mana kebanyakannya melibatkan kematian.

Bagaimanapun, jumlah serangan semakin menurun dan  penganalisis mendapati jumlah serangan merosot ke paras terendah pada 2017 walaupun rundingan damai masih belum tercapai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast