Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi menyangkal dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir kononnya kerajaan telah mengetepikan dan menyalahgunakan undang-undang.

Beliau berkata, Dr. Mahathir membuat dakwaan itu berikutan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dipanggil untuk diambil keterangan kerana berucap pada satu perhimpunan haram tahun lepas.

“Disalah gunakan? Siapa yang ketepikan undang undang? Apabila Tun Hasmah hadir dan berucap di perhimpunan yang tiada kebenaran polis, apakah itu ikut undang undang?

“Apatah lagi jalan antara Maju Junction hingga ke SOGO di ibu kota bukan tempat yang digazetkan sebagai kawasan perhimpunan aman.

“Apabila Tun Hasmah dipanggil untuk diambil keterangan kerana ada laporan polis, itu namanya ikut undang undang. Lagi pun soal siasat itu berlangsung di pejabat Tun Mahathir. Siap dengan kehadiran peguamnya sekali,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Puad, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunus pun disiasat kerana mengadakan piket di depan pejabat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bahkan, ujar beliau, Jamal dimasukkan ke lokap dengan tangan bergari dan memakai baju lokap lagi.

“Tun Mahathir juga komen kononnya Tun Hasmah digugurkan sebagai penaung Persatuan Tenis Kerusi Roda sebagai tindakan politik. Itu pun jadi isu juga?

“Bagaimana dengan pemecatan Ketua Hakim Negara, pemecatan lima Hakim Mahkamah Tinggi, pemecatan menteri-menteri kabinet yang sokong team B termasuk Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi).

“Dan bagaimana pula dengan pemecatan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim?” soal beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast