Gambar hiasan. foto Getty Images

TOKYO – Harga minyak jatuh selama tiga hari selepas data daripada badan industri menunjukkan simpanan minyak mentah mempunyai lebihan luar jangka minggu lalu.

Dalam pada itu penjualan komoditi lain, saham dan bon menambah mood lemah dalam kalangan pelabur.

Minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras dunia, jatuh 0.69 sen atau kira-kira 1 peratus pada harga AS$68.33 setong pada 0244 GMT, menghampiri paras terendah dalam dua minggu.

Kontrak hadapan US West Texas Intermediate (WTI) jatuh 67 sen atau 1 peratus kepada AS$68.33 setong selepas jatuh ke paras terendah dalam tempoh seminggu.-MalaysiaGazette