MELBOURNE – Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh, AirAsia X akan mengumumkan perpindahan operasi bagi perkhidmatan Kuala Lumpur-Melbourne ke Lapangan Terbang Avalon pada akhhir tahun ini, lapor Sydney Morning Harald.

Ketika ini pesawat AirAsia X mendarat di Lapangan Terbang Tullamarine yang merupakan lapangan terbang utama bandar raya itu.

Sekiranya menjadi kenyataan, ia merupaka laluan antarabangsa pertama untuk Lapangan Terbang Avalon.

Kenyataan rasmi mengenai perpindahan operasi itu akan dilakukan tidak lama lagi.

Menurut akhbar itu, sebuah terminal antarabangsa akan dibina di Lapangan Terbang Avalon bagi kemudahan laluan baharu itu.

Difahamkan, kerajaan negeri Victoria dan pihak berkuasa persekutuan sedang menyediakan peruntukan pelaburan.

Lapangan terbang tersebut terletak antara Melbourne dan Geelong dan ia dimiliki syarikat logistik, Linfox.

AirAsia X terbang dari Kuala Lumpur ke Melbourne sebanyak 14 kali seminggu dengan menggunakan peswat Airbus, A330-300, Malaysia Airlines juga terbang ke destinasi yang sama dengan kekerapan yang serupa.

Kini Lapangan Terbang Avalon menawarkan trafik penerbangan berjadual domestik eksklusif yang hanya digunakan Jetstar Airways.

Menurut modul kapasiti ch-aviation, syarikat subsidiari tambang murah Qantas itu mengendalikan 49 pelepasan seminggu dari Lapangan Terbang Avalon ke Lapangn Terbang Kingsford Smith (Sydney), Coolangatta (Gold Coast), Adelaide dan Hobart. – Agensi