Noh Omar
Perbalahan keluarga antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan adiknya, selebriti Azwan Ali yang mahu mencabar abangnya dalam pilihan raya kali ini membuktikan keupayaan menteri besar itu membangunkan Selangor semakin diragui.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan tidak ada sebarang insiden berlaku sepanjang berlangsungnya program World Urban Forum ke-9 (WUF 9) di Kuala Lumpur minggu depan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, WUF 9 dan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHABITAT) itu dijangka menghimpunkan kira-kira 25,000 peserta dari 194 negara.

“Pagi tadi saya dan Timbalan Perdana Menteri berkesempatan melihat demonstrasi anti keganasan dan kesiapsiagaan anggota keselamatan kita yang akan bertugas semasa WUF9 minggu depan di KLCC.

“Kerajaan tidak mengambil mudah aspek keselamatan dan kita sasarkan tiada sebarang insiden terjadi semasa program berjalan,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebook beliau hari ini.

Menurut Noh, Malaysia menjadi tuan rumah WUF 9 anjuran KPKT dan UNHABITAT, yang merupakan forum dwitahunan terbesar dunia mengenai isu urbanisasi.

Jelas beliau, program itu antara lain bertujuan untuk mengkaji dan menentukan agenda bandar serta membuka jalan ke arah masa depan bandar yang lebih baik.

“Kita komited dalam menganjurkan forum yang julung kali diadakan di Malaysia ini dan akan pastikan ianya berjalan seperti yang dirancang,” katanya.

Program tujuh hari bermula 7 hingga 13 Februari ini menyaksikan Kuala Lumpur bakal menjadi bandar kedua di Asia sebagai tuan rumah WUF 9 selepas Nanjing, China pada tahun 2008.

WUF adalah forum teknikal bukan perundangan yang diadakan di bandar berbeza setiap dua tahun dan menjadi acara antarabangsa utama bagi bertukar pandangan serta pengalaman mengenai cabaran perbandaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast