Foto Foxpsorts.

ANFIELD – Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi antara Liverpool dan Tottenham Hotspur berakhir dengan keputusan 2-2 yang menyaksikan dua gol dijaringkan dalam masa kecederaan.

Liverpool bermula garang apabila mendahului seawal minit ketiga hasil jaringan Mohamed Salah yang merupakan gol ke-20 dalam EPL.

Namun pada separuh masa kedua, Spurs menguasai perlawanan dan berterusan memberikan tekanan kepada Liverpool.

Hasilnya, pemain gantian, Wanyama menyamakan kedudukan dengan jaringan misil dari luar kotak penalti.

Bagaimanapun drama berlaku pada 10 minit terakhir apabia Spurs dihadiahkan penalti selepas Harry Kane dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Namun malangnya, pemain kebangsaan England itu gagal memanfaatkan peluang itu.

Ketika perlawanan hampir berakhir, pada masa kecederaan Salah melakukan aksi solo menarik di dan melakukan jaringan menakjubkan mengatasi Hugo Lloris.

Ketika Liverpool berkira-kira untuk menang perlawanan, pengadil sekali lagi memberikan penalti kepada Spurs.

Ia dibantah oleh pemain Liverpool yang mendakwa Van Dijk tidak melakukan sebarang bentesan.

Kane menyempurnakan penalti untuk gol penyamaan sekaligus menjadi jaringan ke-100 EPL beliau di dalam karier.

Keputusan perlawanan itu menyaksikan Liverpool kekal di tangga ketiga, satu mata di atas Chelsea manakala Spurs berada di tangga kelima iaitu satu mata di belakang Chelsea. – MalaysiaGazette