Neelofa.

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon, Neelofa tampil menjelaskan mengenai promosi makanan tambahan jenama Chew N’ Glow yang sesuai dimakan bayi oleh dirinya di laman sosial Instagram miliknya selepas mengundang kecaman netizen sejak dua hari lalu.

Menerusi kenyataannya di Twitter hari ini, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menghargai komen dan kebimbangan mengenai perkongsiannya itu.

Bagaimanapun jelasnya, pihak pengurusan Chew N’ Glow sedang berusaha dalam membetulkan isu tersebut selain menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

Sementara itu, tindakan Neelofa telah mengundang teguran dan kritikan daripada selebriti tanahair seperti Wardina Saffiya.

Turut memberi komen,  Dr. Nur Amalina Che Bakri yang juga pelajar cemerlang SPM pada tahun 2004.

Menerusi perkongsian di laman sosialnya, Amalina menyarankan agar pemberian makanan tambahan untuk bayi perlu mendapatkan pandangan pihak berwajib dahulu. – MalaysiaGazette