Home Nasional Kaunter tambahan imigresen di KLIA

Kaunter tambahan imigresen di KLIA

Gambar hiasan

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menambah sebanyak 15 kaunter tambahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi mengelak kesesakan ketika waktu puncak perayaan Tahun Baru Cina.

Penambahan itu membabitkan 8 dan 7 kaunter di tempat pelepasan dan ketibaan.

MAHB menjangkakan jumlah penumpang meningkat 40 peratus semasa perayaan itu dan kemungkinan masa beratur melebihi 20 minit.

Dalam pada itu, MAHB dan Jabatan Imigresen berjaya mengurangkan masa beratur lebih daripada 40 peratus kepada purata 16 minit dan 7 minit bagi perlepasan dan ketibaan pada bulan lalu.

Pengurangan masa itu menepati sasaran KLIA yang menetapkan kurang 20 minit bagi pelepasan Jabatan Imigresen. – MalaysiaGazette