Home Dunia Polis tahan bekas calon Presiden Mesir

Polis tahan bekas calon Presiden Mesir

KAHERAH – Pengkritik kerajaan Abdel Moneim Abul Fotouh dan lima pembantunya ditahan polis Mesir kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Ikhwanul Muslimin.

Abdel Moneim ditahan sebaik sahaja tiba dari menghadiri sesi temubual di London.

Walau bagaimanapun menurut Peguam hak asasi, Gamal Eid dipetik sebagai berkata, lima pembantu Abdel Moneim sudah dibebaskan namun beliau masih ditahan bagi disoal siasat.

Difahamkan, penahanan itu dilaksanakan susulan kenyataan untuk memboikot pilihan raya Presiden Mesir bulan depan oleh Abdel Moneim dan beberapa lagi ahli politik.

Presiden Abdel Fattah Al-Sisi diramal memenangi pilihan raya itu dengan mudah selepas beberapa pesaingnya diketepikan atau menarik balik pencalonan mereka.

Abdel Moneim merupakan bekas calon pilihan raya presiden 2012. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast