the Red Divils dan Huddersfield akan disiasat FA England atas kesalahan gagal mengawal penyokong semasa perlawanan aksi FA awal pagi tadi.

LONDON – Manchester United dan Huddersfield bakal berdepan tindakan Persatuan Bola Sepak England (FA) tidak lama lagi.

Ini berikutan tindakan seorang penyokong bola sepak yang menceroboh ke dalam padang dan meraikan gol kedua jaringan Romelu Lukaku.

Kedua-dua pasukan itu didakwa akan disiasat oleh FA atas kesalahan gagal mengawal kelakuan penyokong mereka yang masuk ke padang di Stadium John Smith awal pagi tadi.

Pemain skuad Jose Mourinho meraikan gol kedua Lukaku bersama penyokong mereka yang memasuki padang termasuk kanak-kanak ketika perlawanan masih belum tamat.

Mourinho gembira dengan keputusan perlawanan itu dan akan menerima kunjungan Brighton di Old Trafford untuk aksi suku akhir Piala FA.

“Kami tahu ia misi sukar, bagaimanapun kami memulakan kemenangan dengan bergaya.

“Dengan gol kedua Lukaku pada separuh masa kedua, saya rasa kami sudah menamatkan permainan dengan mengawal bola sepenuhnya di atas padang. – MalaysiaGazette