Home Ekonomi Singapura naikkan kadar GST

Singapura naikkan kadar GST

SINGAPURA – Singapura akan menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari 7 peratus kepada 9 peratus pada tempoh antara tahun 2021 dan 2025.

Menteri Kewangannya, Heng Swee Keat semasa pembentangan Bajet Singapura berkata, kenaikan kadar GST itu bergantung kedudukan ekonono, sejauh mana pertumbuhan perbelanjaan dan bagaimana kedudukan cukai sedia ada.

Bagaimanapun, beliau berpendapat kenaikan itu perlu dilaksnakan lebih awal.

Katanya, kenaikan GST itu akan dilaksanakan dengan cara progresif, yang mana kerajaan akan terus menyerap cukai tersebut ke atas pendidikan dan penjagaan kesihatan bersubsidi awam dan meningkatkan skim baucar tetap GST apabila kenaikannya dikuatkuasakan.

Skim Voucher GST yang dipertingkatkan akan memberikan lebih banyak bantuan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan warga emas, katanya.

Kerajaan juga akan melaksanakan pakej offset untuk tempoh masa untuk membantu warga Singapura menyesuaikan diri dengan kenaikan GST, dengan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana menerima lebih banyak sokongan kata menteri itu.

Lebih banyak sokongan akan dimaklumkan apabila kenaikan GST dilaksanakan nanti.

Kali terakhir GST dinaikkan di Singapura pada tahun 2007 – dari 5 peratus kepada 7 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast