Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Laporan rumusan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan diserah dan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam esok.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang diberikan tanggungjawab penting dalam memulakan agenda nasional itu berkata beliau sudah memberikan taklimat ringkas mengenai rumusan TN50 kepada Najib.

“Saya sudah tunjuk laporan kepada perdana menteri, laporan agak tebal jadi saya sudah bagi rumusan sedikit sebanyak kepada beliau berkenaan laporan itu.

“Laporan akan diserahkan esok. Ia tidak akan dicetak dan tiada laporan fizikal. Aspek agenda utama hanya akan diumumkan malam esok,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat 2018 bersama-sama atlet kebangsaan hari ini.

Laporan aspirasi kolektif golongan muda Malaysia itu akan diserahkan kepada Najib padaMajlis Penyerahan Kanvas TN50 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC).- BERNAMA