Kenderaan mewah dipercayai milik suspek ahli perniagaan disita seleps ditahan semalam kerana dituduh terima rasuah RM19 juta membabitkan projek Terowong Dasar Laut.

KUALA LUMPUR – Susulan penahanan ahli perniagaan yang disyaki menerima wang berjumlah RM19 juta dalam projek terowong dasar laut – Suruhanjaya Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini turut membekukan empat akaun bank milik syarikat lelaki itu yang berjumlah RM3.6 juta.

Menurut sumber SPRM, pihaknya turut menyita empat buah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex.

Ia dianggarkan bernilai kira-kira  RM1.3 juta serta tiga buah televisyen bernilai RM167,900.

Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dipercayai terlibat menerima wang RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM3.6 bilion ke Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 28 FEBRUARI 2018

Selain itu, sebuah rumah bernilai kira-kira RM2.5 juta milik suspek yang terletak di Petaling Jaya juga disita.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul segala bukti bagi membantu siasatan kes tersebut.

Suspek yang bergelar Datuk Seri itu hari ini direman selama enam hari selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya oleh SPRM sekitar 9 pagi.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast