KUALA LUMPUR – Pelakon Izreen Azminda secara tiba-tiba dipercayai telah mengambil keputusan untuk menyahaktifkan laman Instagram miliknya.
Ini kerana akaun dengan nama @izreen.azminda hilang dan tidak dapat dikesan sejak pagi Jumaat.
Sebelum ini, Azreen teruk dikecam dan menerima kritikan selepas suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude berhasrat menceraikan isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh pada Rabu lalu.
Sebelum ini, Izreen yang juga isteri kedua Ude telah mengambil pendekatan menutup ruangan komen di laman tersebut bagi mengelak netizen melemparkan kata-kata kesat kepadanya.
Selain akaun Instagram Izreen, suaminya juga didapati melakukan langkah serupa apabila akaun dengan nama @udewahid juga gagal ditemui.
Perkahwinan Izreen sebagai isteri nombor dua dengan pemuzik bebas tersebut terbongkar tahun lalu.
Kelmarin, nama Izreen menjadi panas selepas Ude dan Intan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai yang kemudiannya ditanggukkan pada 22 Mac depan.
Sebaik berita itu disiarkan di laman sosial, ramai bersimpati dengan Intan kerana bakal diceraikan sedangkan dia sudah bersetuju untuk berkongsi kasih ataupun bermadu dengan Izreen.
Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.
Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.
Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.
Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza. – MalaysiaGazette
ada yang tak kena ke . siapa yang tak kena tu