Dr.Mahaganapathy Dass (dua dari kanan) bersama Dr. S.Partiban (empat dari kiri) melihat buku panduan Hala Tuju Pengajian aTinggi 2018 versi baharu yang akan dibekalkan percuma kepada peserta seminar lepasan SPM dan STPM 17 Mac ini.

KUALA LUMPUR – Gagasan Pelajar India 1Malaysia (1MSM) dan Persatuan Alumni India Universiti Malaya (PaniUM) akan menganjurkan seminar Halatuju Pengajian Tinggi pada 17 Mac ini untuk pelajar India lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017.

Presidennya, Dr. Mahaganapathy Dass berkata, program berkenaan bertujuan untuk membimbing pelajar India yang sedang menunggu keputusan SPM dan STPM mengenai hala tuju pengajian tinggi di Universiti Awam (UA) di Semenanjung Malaysia.

Katanya, program pertama iaitu Perkhidmatan Talian Bantuan Kaunseling untuk pelajar STPM diaktifkan mulai hari ini dan pelajar India boleh menghantar keputusan mereka selepas 6 Mac ini kepada 1MISM.

“Manakala pada 17 Mac ini kita dengan kita dengan PaniUM akan mengadakan seminar untuk pelajar lepasan SPM dan STPM di Dewan Ungku Aziz Fakulti Kejuruteraan UM dan akan menjelajah ke 14 lokasi terpilih seluruh negara sehingga 7 April ini.

“Sepanjang jelajah berkenaan para pelajar akan diberi garis panduan ke laluan pendidikan tinggi di UA tentang cara pendaftaran dan menyediakan opsyen pengajian tepat dan menjamin kerjaya yang tetap dengan keputusan yang diperolehi kali ini.

“Oleh kerana tarikah tutup permohonan ke Unit Pengajian Univeriti (UPU) adalah 10 April 2018, pada setiap jelajah itu kami akan duduk bersemuka dengan setiap calon untuk membantu memilih kursus yang tepat serta senarai biasiswa yang disediakan,” katanya pada sidang media di ibu negara.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, katanya, 1MISM berjaya membimbing 50,000 pelajar India memohon masuk UA dengan mengutamakan rasional kelayakan pelajar.

Katanya, ia juga sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan kemasukan sebanyak 7 peratus pelajar India ke UA.

Pelajar lepasan SPM dan STPM diminta menghubungi jawatankuasa 1MISM untuk aliran sains: Loganesh di talian 018-3242832, Hanbarasi 014-3246942, Raviverma 0149050851 manakala pelajar aliran sastera boleh menghubungi Ravi di talian 0163610124, Jothi 0183704081, Cecilia 0102069453, Siva 01126083699, Keerthana 01777226417.

Mahaganapathy menjelaskan,  setiap peserta ke seminar itu akan disediakan buku panduan kaedah permohonan UA secara percuma selain cakera padat mengandungi e-book yang mengandungi maklumat pendidikan tinggi.

“Ketiadaan kesedaran tentang pentingnya matrikulasi dan masalah permohonan ke matrikulasi dalam kalangan pelajar India juga akan ditekankan memandangkan 1,500 tempat yang gagal dipenuhi setakat ini.

Sidang Media oleh Presiden 1MISM, Dr. Mahaganapathy Dass menjelang seminar Hala Tuju Pengajian Tinggi dan Talian Hotline 2018 untuk pelajar India lepsan SPM dan STPM 2017 pada 17 Mac ini.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PaniUM, Dr. S.Partiban berkata, pelajar India perlu bersedia untuk berdepan revolusi industri 4.0 yang bakal dihadapi negara dalam masa 20 hingga 30 tahun akan datang.

Jelas beliau, pelajar Indiayang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM akan diberi pendedahan mengenai pentingnya persediaan menghadapi cabaran kerjaya RI4.0

“Apabila generasi Z ini berdepan Revolusi Industri 4.0 selepas 25 hingga 30 tahun nanti, berkemungkinan peluang pekerjaan fizikal akan berkurangan secara drastik kerana segalanya akan bergantung kepada digital, obtik fiber dan robotik sepenuhnya.

“Di sini kerja tradisional yang berprofesional yang sentiasa diutamakan ibu bapa India iaitu, Peguam, doktor, Jurutera dan sebagainya tidak akan lagi diutamakan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast