LONDON – Eden Hazard dilaporkan sedang cuba untuk merealisasikan impiannya menyertai Real Madrid akhir musim ini.

Bintang Chelsea itu dikatakan sedia melengkapkan perpindahan itu sekiranya menerima hasrat daripada kelab Liga Sepanyol kali ini.

Pemain antarabangsa Belgium itu terus dikaitkan penghijrahan ke Santiago Bernabeu.

Ketua Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane merupakan peminat Hazard.

Hazard kini berusia 27 tahun dikatakan telah menangguhkan rundingan menandatangani kontrak baharu bersama The Blues dengan harapan menyertai Real.

Hazard dilihat kecewa setelah pasukannya tewas 1-0 kepada bakal juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City semalam.

Keputusan terkini itu serta kedudukan Chelsea yang berisiko menamatkan saingan di luar empat kedudukan teratas liga menyebabkan, Hazard mula mengintai peluang ke kelab gergasi Eropah itu demi memburu trofi kemenangan.

Namun, perpindahannya ke kelab 11 kali menjulang Liga Juara-Juara Eropah itu bergantung kepada kedudukan Zidane di kelab itu.-MalaysiaGazette

Real menang 3-1 pada hujung minggu lalu namun menduduki tempat ketiga dengan ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu la Liga Barcelona dan tujuh mata dengan Atletico Madrid.