Home Dunia Kanak-kanak maut tercekik buah anggur

Kanak-kanak maut tercekik buah anggur

HONG KONG – Seorang kanak-kanak perempun mati selepas tercekik buah anggur di kediamannya.

Pasukan paramedik yang tiba di rumah mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

Beliau kemudian dibawa ke Hospital Princess Margaret dan disahkan sudah meninggal dunia.

Ini merupakan tragedi kedua di Hong Kong dalam tempoh dua bulan.

Januari lalu, seorang murid lapan tahun jatuh di padang permainan sekolah selepas tercekik bebola ikan yang dibeli di sekolah.

Kejadian itu berlaku apabila murid tersebut menelan bebola ikan apabila loceng tamat waktu rehat berbunyi.

Murid itu kritikal kerana kekurangan oksigen di otak dan meninggal dunia selepas 26 hari dirawat di hospital. – MalaysiaGazette