shaiful hazizy
Shaiful Hazizy Zainol Abidin

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah minta Pemuda MCA Kedah ‘tutup mulut’ dan tumpu kepada pilihan raya.

Tindakan mereka yang menuntut Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dipecat dianggap satu tindakan keterlaluan.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya percayah percaya perkara ini tidak seharusnya dilakukan dan ianya dianggap terlalu mengikut perasaan dan emosional.

“Pemuda UMNO Kedah memahami akan sensitiviti tertentu masyarakat Cina namun yakin ianya boleh dilakukan dengan cara dan penyelesaian tertutup dan bukannya terbuka.

“Pemuda UMNO Kedah ingin memberi cadangan supaya sebarang ketidakpuasan hati seharusnya disalurkan secara tertutup dengan menjadikan semangat setiakawan Barisan Nasional (BN) sebagai pengangan utama,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Ia ekoran konflik yang berlaku apabila Menteri Kebudayaan dan Pelancongan mengkritik Robert Kuok baru-baru ini yang dianggapnya ‘pondan’ sekiranya benar taikun gula itu membiayai dana parti pembangkang.

Ia seterusnya menimbulkan kemarahan pimpinan MCA yang menganggap Mohamed Nazeri sepatutnya menjaga bahasa jangan menyebabkan rakan-rakan komponen BN terasa.

Namun Mohamed Nazeri membalasnya dengan mendakwa beliau tidak memerlukan kawan dari MCA bagi kawasannya di Parlimen Padang Rengas di Perak.

Semalam, sekumpulan ahli-ahli MCA mendesak Mohamed Nazri dipecat kerana dianggap membelakangkan semangat BN.

Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah menganggap cara demonstrasi oleh MCA hanya mahu meraih populariti murahan.

“Hakikatnya mereka perlu melihat kaedah dan pendekatan yg lain bagi menarik keyakinan pengundi Cina.

Pemuda UMNO Kedah melihat tindakan Pemuda MCA menaikkan sepanduk “Pecat Nazri” adalah satu kebiadapan yg tidak boleh diterima,” katanya lagi.

Pergerakan Pemuda UMNO sendiri tidak pernah bertindak luar batasan sekiranya ada mana-mana pemimpin MCA yang mengeluarkan kenyataan mempertikaikan sesuatu isu sensitif ataupun yang menyinggung perasaan orang Melayu, katanya.

Justeru, Pemuda UMNO Kedah menyarankan agar MCA meningkatkan prestasi mereka didalam pilihan raya.

“Kegagalan mereka yang hanya berjaya menang di dua kerusi DUN dan pada masa sama kempunan meraih sebarang kerusi Parlimen di Kedah tidak melayakkan mereka sama sekali menuntut Dato Seri Nazri meletakkan jawatan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast