KUALA LUMPUR – Harga mingguan bagi minyak petrol RON95 naik 1 sen seliter manakala harga RON97 kekal, berkuatkuasa tengah malam ini.

Bagaimanapun harga diesel turun 1 sen seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan harga RON95 pada RM2.21 sen siliter dan harga RON97 kekal pada RM2.47 seliter.

Namun diesel diniagakan pada RM2.17 seliter.

Harga baharu ini berkuatkuasa 8 Mac hingga 14 Mac ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast