Home Dunia Pesawat Rusia terhempas di Syria, 30 terkorban

Pesawat Rusia terhempas di Syria, 30 terkorban

Pesawat tentera An-26

DAMASCUS – Pesawat tentera Rusia terhempas di Syria dan membunuh lebih 30 orang.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, pesawat An-26 terhempas semasa hendak mendarat di pangkalan udara Hmeimim, dekat Pantai Latakia.

Kesemua 39 orang penumpang terbunuh.

Pesawat itu tidak ditembak tetapi data awal menunjukkan ada masalah teknikal yang menyebabkan ia terhempas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan. – MalaysiaGazette