Home Dunia Bekas PM Pakistan dibaling kasut

Bekas PM Pakistan dibaling kasut

Rakaman menunjukkan kasut dilemparkan ke arah Nawaz Sharif. foto Daily Times

LAHORE – Seorang lelaki bertindak membaling kasut ke arah Nawaz Sharif ketika bekas Perdana Menteri Pakistan itu sedang berucap di Jamia Naeemia.

Insiden itu berlaku ketika Sharif sedang menuju ke rostrum.

Kasut yang dilemparkan oleh seorang penuntut itu terkena bahu dan telinga Sharif.

Malah, penuntut itu dan beberapa pengikutnya meluru ke arahnya sambil menjerit “Labbaik Ya Rasulullah” tetapi sempat ditahan oleh pengawal keselamatan.

Beberapa media melaporkan, Sharif tiba di Jamia Naeemia untuk menghadiri majlis memperingati kematian Mufti Mohammad Hussain Naeemi.

Selepas serangan itu, pemimpin PML-N tersebut meneruskan ucapannya tetapi dipendekkan.

Polis berkata, penyerang yang dikenal pasti sebagai Talha Munawwar, adalah bekas pelajar sebuah institusi agama yang kemudian ke Perkhidmatan Hospital selepas dipukul oleh kakitangan dan pelajar, lapor GeoTV.

Parti-parti agama terutama Tehreek-e-Labbaik Pakistan mendakwa Sharif dan partinya (PML-N) bertanggungjawab untuk mengubah klausa yang berkaitan dengan Nabi Muhammad dalam Perlembagaan.

Pemimpin pembangkang MNA Sheikh Rashid mengutuk insiden tersebut, menyebutnya sebagai keruntuhan cerdik pandai disebabkan sikap terlalu yakin bekas perdana menteri itu.

Pada hari Sabtu, seorang lelaki melemparkan dakwat kepada Menteri Luar Negeri, Khawaja Asif ketika beliau sedang berucap di konvensyen PML-N di Sialkot.

Sebelum itu, seorang lagi pemimpin PML-N, Ahsan Iqbal, membaling kasut kepadanya, lapor Dawn News.

Dalam kejadian hari Sabtu, Faiz Rasool, yang melemparkan dakwat ke arah menteri luar, memberitahu polis bahawa dia melepaskan kemarahannya kerana PML-N telah cuba mengubah kesempurnaan Nabi Muhammad dalam Perlembagaan.

“Sentimen ini menyakitkan bagi jutaan rakyat Pakistan termasuk saya,” katanya. – MalaysiaGazette