Xi Jinping

BEIJING – China menghapuskan had bagi jawatan Presiden daripada perlembagaannya hari ini, sekali gus membolehkan Presiden Xi Jinping memegang tampuk pemerintahan negara sampai bila-bila.

Ini juga mengesahkan status beliau sebagai pemimpin paling berkuasa negara tersebut selepas Mao Zedong meninggal dunia lebih 40 tahun lalu.

Parti pemerintah komunis mengumumkan usul pindaan tersebut pada bulan lalu dan tidak ragu-ragu bahawa cadangan berkenaan akan diluluskan di Parlimen yang dipenuhi ahli-ahli parti yang tidak akan menolak cadangan tersebut.

Pindaan terbaharu itu turut memasukkan teori politik Xi ke dalam perlembagaan.

Sebagai tambahan, beberapa klausa turut dirangkumkan bagi mewujudkan sebuah rangka kerja undang-undang untuk bahagian pencegahan rasuah.

Hanya dua undi yang menolak, tiga tidak hadir berbanding hampir 3,000 delegasi yang telah mengundi.

Had bagi dua penggal bagi setiap lima tahun telah ditulis di dalam perlembagaan China oleh Deng Xioping pada 1982 selepas enam tahun kematian Mao.

Deng menyedari bahawa peraturan hanya seorang lelaki memerintah dan taksub kepada seorang pemimpin adalah bahaya selepas berlakunya Revolusi Budaya di negara tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast