Home Dunia Putin arah tembak pesawat

Putin arah tembak pesawat

Vladimir Putin. foto Agensi

MOSCOW – Presiden Rusia Putin memerintahkan sebuah pesawat penumpang yang dilaporkan membawa bom dan mensasarkan pembukaan Olimpik Musim Sejuk Sochi pada 2014 ditembak, menurut cerita dalam sebuah filem baru.

Filem dua jam, yang disiarkan atas talian mengisahkan Putin dimaklumkan tentang sebuah pesawat dari Ukraine ke Turki telah dirampas ketika sukan olimpik itu baru hendak bermula.

Bagaimanapun, beliau mendapati amaran itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak ditembak jatuh.

Filem ini disiarkan menjelang pilihan raya yang dijangka menyaksikan kemenangan beliau pada 18 Mac ini.

Putin berdepan dengan tujuh pencabar tetapi beliau dijangka persaingan itu tidak sengit selepas pemimpin pembangkang terkenal, Alexei Navalny, dihalang bertanding.

“Saya telah dimaklumkan pesawat dari Ukraine ke Istanbul telah dirampas dan perampas menuntut untuk mendarat di Sochi,” kata Putin dalam filem itu, menurut laporan Reuters.

Ketika itu, juruterbang Pegasus Airlines yang membawa pesawat Boeing 737-800 terbang dari Kharkiv ke Istanbul bersama 110 anak kapal, memaklumkan seorang penumpang ada membawa bom dan mahu pesawat melencong ke Sochi.

Dalam filem berkenaan, Putin berkata, pegawai keselamatan memberitahu bahawa prosedur kecemasan dalam situasi itu adalah untuk menjatuhkan pesawat terbabit.

“Saya maklumkan kepada mereka, bertindak mengikut seperti yang dirancang,” kata Putin.

Putin tiba di lokasi pembukaan sukan olimpik di Sochi dengan para pegawai Olimpik tidak lama selepas itu, katanya. – MalaysiaGazette