Home Nasional Kes Sofi Jikan disebut semula 11 April ini

Kes Sofi Jikan disebut semula 11 April ini

Sofi Jikan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 11 April untuk sebutan semula kes pelakon Sofi Jikan atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC, Februari lalu.

Majistret Nurulhuda Zakariya menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, yang didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC..

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 11.15 malam, 6 Feb lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada peguam mewakili pelakon itu, Datuk Haniff Hassan.– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast