LONDON – Saintis dan ahli fizik terkemuka dunia, Stephen Hawking menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau hari ini.

Hawking yang merupakan inspirasi dunia sains meninggal dunia di samping keluarga kerana tua.

Berita kematian yang disahkan sendiri oleh anak-anak Hawkings iaitu Lucy, Robert dan Tim dalam satu kenyataan.

“Hawking bukan manusia biasa sebaliknya antara yang terhebat dan luar biasa. Jasa dan sumbangan beliau sesuatu yang tidak boleh disangkal oleh kita.

“Hasil kerja keras dan ‘genius’ beliau menjadikan dunia mengkagumi beliau. Kami akan merindui beliau sehingga bila-bila,” kata kenyataan itu.

Walaupun mengalami ketidakupayaan kekal kerana lumpuh dari leher ke bawah yang diakibatkan oleh penyakit neuron motor, Hawking telah lama mencapai kerjaya menakjubkan dan kini merupakan salah seorang ahli akademik termasyhur.

Pada tahun 1974, Hawking mengemukakan teori bahawa lohong-lohong hitam dan kerelatifan.

Diberi nama, Teori Hawking – ia merupakan teori pertama yang berkaitan matematik dan graviti, mekanik kuantum, dan termodinamik.

Sebelum ini, sebuah filem berjudul ‘The Theory of Everything’ lakonan Eddie Redmayne telah difilemkan mengambil inspirasi  kehidupan serta penemuan Hawking

Redmayne seterusnya berjaya meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Akademi pada 2015.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast