Home Nasional Tukar hak milik motosikal Sabah, Sarawak diseragamkan

Tukar hak milik motosikal Sabah, Sarawak diseragamkan

Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR – Kadar fi tukar hak milik motosikal bagi Sabah dan Sarawak diseragamkan mengikut kadar Semenanjung iaitu RM3, berkuatkuasa mulai 1 April 2018.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu bagi mengurangkan beban rakyat khususnya golongan B40.

Kadar semasa penukaran hak mlik motosikal adalah sebanyak RM3.00 di Semenanjung, RM5.00 di Sarawak dan RM40.00 di Sabah.

Penyeragaman kadar fi ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat dalam mengurangkan perbelanjaan, katanya. – MalaysiaGazette