Home Ekonomi BNM, SC tubuh BRIDGe

BNM, SC tubuh BRIDGe

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menubuhkan Kumpulan Pendigitan Industri Pembrokeran Saham (BRIDGe), satu kumpulan kerja bersama antara pengawal selia dan industri untuk mempercepat proses pendigitan industri pembrokeran saham.

Pengumuman itu dibuat ketika pelancaran Laporan Tahunan SC 2017 hari ini.

BRIDGe bertujuan untuk mempercepat proses pendigitan industri pembrokeran dalam meningkatkan kecekapan operasi dan standard perkhidmatan. Kumpulan tersebut terdiri daripada SC, BNM dan peserta industri termasuk para broker dan institusi perbankan.

SC dan BNM berkongsi matlamat bersama untuk memacu proses pendigitan dalam industri kewangan Malaysia.

Terdapat peluang untuk menerapkan inovasi di seluruh rantaian nilai pengantaraan dan mengurangkan kos dalam sektor broker dan perbankan.

Oleh itu, adalah penting bagi pengawal selia untuk bekerjasama dengan pihak industri untuk memberi nilai yang lebih besar kepada para pelanggan, serta pembangunan pasaran dalam jangka panjang. – MalaysiaGazette