Kerajaan Singapura memutuskan tiada bayaran komponen berubah tahunan (AVC) pertengahan tahun bagi kakitangan awam pada tahun ini, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) republik itu.-Gambar hiasan.

SINGAPURA – Singapura kekal sebagai bandar termahal di dunia buat kali kelima berturut-turut diikuti Paris, Zurich dan Hong Kong, demikian menurut Kaji Selidik Kos Sara Hidup Dunia.

Kadar inflasi yang rendah menyaksikan kedudukan Tokyo sebagai bandar termahal sehingga 2013 jatuh dan seterusnya terkeluar daripada tangga 10 teratas dalam kaji selidik dwitahunan Unit Risikan The Economist.

Kajian melibatkan 133 buah negara.

Dalam pada itu, pengukuhan euro dan kejatuhan pound menyaksikan Dublin mengatasi London yang ketika ini berada di tangga ke-30, kata penulis laporan tersebut, Roxana Slavcheva.

“Pengukuhan euro telah meningkatkan kos sara hidup bukan sahaja di Dublin tetapi kesemua bandar-bandar di Eropah yang terlibat dalam kaji selidik tersebut.

“Ini menyebabkan Dublin melonjak enam anak tangga ke tempat ke-19 walaupun kadar inflasi kekal rendah,” katanya.

Laporan tersebut menyatakan bandar-bandar di Britain berada di paras terendah berbanding bandar-bandar di dunia dalam tempoh dua dekad.

Ini sebahagiannya disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi susulan daripada undian Brexit pada 2016.

Perubahan lain yang signifikan adalah apabila Seould menjadi negara keenam termahal di dunia manakala Tel Aviv melonjak ke tangga kesembilan berbanding ke-34 lima tahun lalu akibat peningkatan nilai matawangnya.

Para penyelidik membandingkan kos lebih 400 barangan seperti kereta, makanan, sewa dan pakaian.

Contohnya, harga sebuku roti di Seoul adalah AS$15.59 berbanding AS$3.87 di Conpenhagen manakala sebotol wain di Tel Aviv adalah AS$28.77 manakala di Geneva hanya AS$8.37.-

New Delhi, Bucharest dan Algiers merupakan antara 10 bandar termurah manakala beberapa tempat yang sedang menghadapi pergolakan politik seperti Damsyik dan Caracas turut berada pada  kedudukan terbawah kaji selidik berkenaan. – Agensi