KUALA LUMPUR – Bayi perempuan ditemui di sebuah rumah Parit 8 Gambut Sg Panjang, Selangor pagi tadi.

Tidak dinyatakan masa penemuan bayi yang dipercayai dibuang itu kini telah di hantar ke sebuah hospital oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), demikian menurut Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS sejam yang lalu.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, bayi itu diletakkan di dalam sebah baldi.

Setakat ini belum ada laporan terkini mengenai bayi itu. -MalaysiaGazette