Home Ekonomi Inflasi dijangka menyusut pada Februari- RAM Ratings

Inflasi dijangka menyusut pada Februari- RAM Ratings

KUALA LUMPUR- RAM Rating Services Bhd. (RAM Ratings) menjangkakan kadar inflasi menyusut kepada 1.8 peratus pada Februari 2018 berikutan penurunan dua bulan berturut-turut sebelum ini.

Inflasi pada bulan Januari jatuh peratus manakala Disember 2017 adalah 3.5 peratus.

“Penurunan inflasi pada Februari dipacu terutamanya oleh pertumbuhan negatif bahan api kenderaan, di samping harga runcit minyak yang rendah dan kesan kenaikannya tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Purata harga RON95 susut dua sen kepada RM2.26 seliter pada Februari 2018 berbanding kenaikan mendadak sebanyak 20 sen kepada RM2.30 seliter pada tempoh sama tahun lepas.

“Sebagai kesan asas tinggi yang dijangka terus sederhana disebabkan oleh komponen pengangkutan, kadar inflasi pula dijangka menyusut kepada 2.5 peratus pada 2018 berbanding 3.7 peratus tahun lepas,” katanya.

RAM Ratings menjangkakan pertumbuhan harga komponen makanan dan minum bukan beralkohol kekal tahun ini dengan purata pertumbuhan komponen tersebut diramal pada paras 3.7 peratus tahun ini, lebih rendah sedikit berbanding 4.0 peratus pada 2017.

Jelasnya, komponen tersebut akan kekal sebagai pemacu utama inflasi kerana ia memberi kesan besar terhadap bakul indeks harga pengguna.-MalaysiaGazette