KUALA LUMPUR – AirAsia hari ini meminta maaf kepada pemilik basikal yang mendakwa basikalnya tidak dijaga dengan baik semasa diangkut turun dari kapal terbang seperti video yang tular sejak kebelakangan ini.

Sebagai ‘hadiah’ dan jalan penyelesaian baik, syarikat tambang murah itu hari ini mengumumkanĀ  tidak mengenakan sebarang caj untuk pengangkutan basikal sepanjang April ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Riad Asmat.

“Saya sebagai penunggang basikal sendiri tergangggu bila melihat kelakuan staf kami dan kami telah mengambil tindakan,” ujarnya sambil mengambil berat atas apa yang berlaku termasuk tindakan keras akan diambil berhubung insiden itu.

Beliau juga berharap akan berusaha menambahbaik perkhidmatan dan mengambil pengajaran atas apa yang berlaku, katanya dalam kenyataan di media sosialnya.

Terdahulu, seorang penunggang basikal mengirimkan video beberapa basikal proses penyimpanan basikal dilakukan secara kasar semasa tiba ke KLIA2 dari Kaoshiung, Taiwan baru-baru ini.

Sementara itu, CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya akan mengambil sepenuhnya tanggungjawab atas insiden yang berlaku.

“Selepas bermesyuarat dengan staf, saya kecewa dan kami syarikat yang jika bersalah akan mengaku untuk menjadi lebih baik. Minta maaf,” katanya dalam kenyataan hari ini.-MalaysiaGazette