Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU – PAS akui akan berlaku persaingan sengit dalam cubaan untuk menguasai Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusi Badan Penasihat Parti PAS, Datuk Mustafa Ali berkata berdasarkan pemantauan terkini Barisan Nasional (BN) masih kuat walaupun menggunakan ‘senjata lama’.

Katanya, strategi yang digunakan jentera UMNO dalam mendekati masyarakat luar bandar juga masih memberi kesan.

“Di sini (Terengganu) kawasan luar bandar telah dikuasai oleh UMNO dan ada juga PAS – pertarungan sebenar di Terengganu adalah di antara PAS dan BN dan bukanlah Pakatan Harapan,” katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini hari ini.

Tambahnya, sama ada BN mahupun PAS kini telah belajar daripada pengalaman pada pilihan raya lepas yang mana ada anggota yang keluar daripada parti masing-masing hingga menyebabkan sasaran menguasai kerusi terjejas.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast