Pelajar Lepasan STPM, Ahmad Mustaffa Mazlan, 20 (kanan) melakukan rutin hariannya dengan membuat rawatan phisio kaki ibunya, Zurni Zainal Abidin, 45 yang mengidap kanser tulang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seri Kembangan, Selangor. foto IMRAN FAKHRI, 13 MAC 2018

KUALA LUMPUR – “Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, takkan seorang anak tak boleh menjaga seorang ibu,” kata Ahmad Mustaffa Mazlan.

Rutin hariannya memang agak sibuk. Anak muda lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) itu nekad menjaga ibunya yang kini lumpuh lantaran kanser hormon tahap empat yang dihidapinya.

Pelajar Lepasan STPM, Ahmad Mustaffa Mazlan, 20 merupakan anak ke 4 dari 5 adik beradik. foto IMRAN FAKHRI, 13 MAC 2018

Memberi laluan kepada adik beradiknya yang lain untuk menghabiskan pengajian masing-masing, Ahmad Mustaffa tidak pernah merungut kerana baginya ibu adalah segala-galanya.

Anak keempat daripada lima orang adik beradik itu mahu berbakti kepada ibunya, Zurni Zainal Abidin, 45, yang menanggung derita sejak tahun 2003.

Siapa sangka kanser hormon yang amat jarang berlaku memilih Zurni, walaupun pada peringkat awalnya dia sendiri tidak menyangka bakal bergelar pesakit kanser kerana tiada tanda-tanda awal mengidap penyakit tersebut.

Namun, Zurni tidak dapat bertahan lama apabila dia disahkan mengidap kanser hormon dan keadaannya semakin kritikal sehinggga terpaksa menjalani pembedahan yang menelan belanja yang bukan sedikit.

Ibu kepada Ahmad Mustaffa Mazlan, Zurni Zainal Abidin, 45 yang kelihatan terlantar diatas katilnya berikutan pengidap kanser tulang tahap 4 sejak tahun 2003 yang lalu sedang terlantar sakit ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seri Kembangan, Selangor. foto IMRAN FAKHRI, 13 MAC 2018

Zurni juga terpaksa menjalani rawatan Human Immunce Therapy Vaccine dan selepas itu kerap dimasukkan ke hospital.

“Ubat yang diberi kepada emak saya masa mula-mula dulu 15 hingga 16 kotak tetapi sekarang sudah berkurangan,” kata Mustaffa.

Antara ubat yang diberi kepada Zurni Zainal Abidin, 45 yang mengidap kanser tulang sejak tahun 2003 yang lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seri Kembangan, Selangor. foto IMRAN FAKHRI, 13 MAC 2018

Abang sulungnya, Muhammad Marzuqi Mazlan, 23, kini sedang menuntut di peringkat sarjana muda di UITM Shah Alam manakala abang keduanya pula sedang menghabiskan pengajian di IUKL.

Dua adik beradiknya yang lain juga sedang belajar termasuk adiknya Ahmad Zamir Ramadhan Mazlan, 12, yang masih di bangku sekolah.

Kesibukan abang, kakak dan adik Ahmad Mustaffa bukan bermakna mereka mengabaikan ibu yang mereka sayangi. Setiap kali ada masa lapang, kesemua mereka akan sama-sama berusaha menggembirakan Zurni.

Harapan Zurni hanya satu. Dia mahu melihat anak-anaknya berjaya di dunia dan di akhirat.

Pelajara Lepasan STPM, Ahmad Musataffa Mazlan, 20 ketika mengambil adiknya pulang dari sekolah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Presint 11, Putrajaya. foto IMRAN FAKHRI, 13 MAC 2018

Bagi Ahmad Mustaffa dan adik beradiknya yang lain, sudah tentu kasih ibu membawa ke syurga, justeru setiap ruang yang ada digunakan untuk berbakti kepada ibu yang tercinta

Anak muda ini boleh dihubungi di talian 013-363 4663 jika ada yang mahu membantu meringankan beban kos rawatan ibunya.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.