Home Ekonomi Jepun perlu elak FTA dengan Amerika

Jepun perlu elak FTA dengan Amerika

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso

TOKYO- Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso berkata, Jepun perlu mengelakkan diri daripada menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat bagi memulihkan semula ketidakseimbangan perdagangan.

Kebimbangan terhadap perang perdangan semakin meningkat bulan ini apabila pentadbiran Presiden Donald Trump mengenakan tarif ke atas import besi dan aluminium dan mendedahkan rancangan untuk mengenakan tarif sehingga AS$60 bilion import daripada China.

Jepun dan Amerika Syarikat sedang berunding mengenai masa depan perdagangan kedua-dua negara dengan Tokyo menentang cadangan Washington yang mahukan FTA yang memaksa negara matahari terbit itu membuka pasaran pertanian yang sangat dilindunginya.

Aso yang mengetuai delegasi Tokyo ke dialog ekonomi AS-Jepun berkata, Jepun menyokong trend global dalam mempromosikan rangka kerja dagangan pelbagai hala.- MalaysiaGazette

 

[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]