DATUK Seri Johari Abdul Ghani (tengah) ketika melancarkan 'The New Brand of Asian Finance Bank Berhad (AFB) hari ini.Turut sama Pengerusi Malaysia Building Society Berhad (MBSB) Tan Sri Abdul Halim Ali (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance Bank Berhad, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman (kanan). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Asian Finance Bank (AFB) kini dikenali sebagai MBSB Bank Bhd. selepas diambil alih sepenuhnya oleh Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) dan seterunay menjadi bank Islam kedua terbesar di Malaysia dengan jumlah aset terbanyak RM43.7 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, pihaknya memahami kepentingan untuk menjadi institusi kewangan yang bergerak seiring dengan kepentingan pelanggan.

MBSB sebelum ini hanya menyediakan akses pembiayaan kepada pelanggan dan tidak mempunyai kemudahan lain seperti deposit akaun semasa dan sistem antara bank.

Majlis disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

MBSB Bank kini menggunakan ‘tagline’ “Sebahagian Dari Perjalanan Anda”.

Kelulusan pengambilalihan itu diperoleh selepas pemegang saham meluluskan resolusi pengambilalihan keseluruhan faedah ekuiti dalam AFB menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nilai keseluruhan pembelian adalah RM644.95 juta dan ia (pengambilalihan) selesai pada 7 Februari lalu. – MalaysiaaGazette