Home Dunia Israel tolak inkuiri pembunuhan rakyat Palestin

Israel tolak inkuiri pembunuhan rakyat Palestin

GAZA – Menteri Pertahanan Israel menolak gesaan untuk mengadakan inkuiri terhadap pembunuhan 15 rakyat Palestin oleh pihak tentera dalam satu demonstrasi pada Jumaat lalu.

Kumpulan Hamas berkata, lima daripada mangsa yang terkorban itu adalah ahli pasukan bersenjatanya.

Israel berkata, lapan daripada 15 mangsa yang terbunuh adalah ahli Hamas manakala dua lagi datang daripada pelbagai pecahan militan.

Ketua Setiausaha PBB, Antonio Guterres dan diplomat Kesatuan Eropah, Federica Mogherini meminta satu siasatan bebas dilaksanakan.

Manakala Pope Francis dalam ucapan hari Easternya meminta supaya “Tanah Suci itu bersatu kerana konflik yang berlaku pada hari ini turut menjejaskan rakyat yang lemah.”

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman menolak kritikan orang ramai terhadap tindakan Israel, sebaliknya beliau berkata, tentera-tentera yang berada di barisan hadapan Gaza “layak menerima pingat” dan melakukan apa yang perlu demi mempertahankan sempadan mereka.- MalaysiaGazette