Membahaskan Rang Undang-undang Akta Anti Berita Tidak Benar di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Irmohizam Ibrahim menafikan diarahkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar untuk mencetuskan isu bersabit tanah ijok untuk mempertikaikan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu sebaliknya menegaskan tindakannya secara konsisten mempertikaikan ketelusan kerajaan negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam menyelesaikan hak rakyat di negeri itu.

“Saya ingin menegaskan Tanjong Karang tidak pernah menyuruh saya untuk mebuat bising isu tanah ijok sebaliknya usaha saya untuk memperjuangkan hak kepentingan hak peneroka di Parlimen Selangor yang digalas oleh saya sebagai wakil rakyat,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Irmohizam, ia adalah salah satu bukti penularan berita palsu yang diwujudkan dengan sengaja demi mengalihkan perhatian utama terhadap isu itu.

Justeru itu ujarnya akta tersebut secara eksklusifnya menjadi keperluan untuk negara ini.

“”Berita tidak benar ini usaha mengalihkan rakyat skandal tanah Ijok atau apakah ini kaedah lari untuk menyelsaikan peneroka di tanah Ijok,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Akta Anti Berita Tidak Benar 2018.

Untuk rekod, Selangor sewaktu ditadbir oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merampas tanah berkenaan kemudian di kala syarikat pemaju itu menyaman kerajaan negeri Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mendapatkan kembali tanah.

Dua syarikat itu membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan keputusannya pada 17 Februari 2014 sekali lagi memihak kepada kerajaan Selangor dan Khalid. Tidak putus asa, dua syarikat itu kemudiannya mebawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan – untuk diadili bagi kali terakhir.

Namun, ketika Mahkamah Persekutuan belum membuat apa-apa keputusan, kerajaan negeri mengatur penyelesaian yang menyaksikan tanah itu dikembalikan kepada dua syarikat pemaju itu, sebelum dijual kepada pihak ketiga.

Bukan itu sahaja, Irmohizam menambah tindakan tidak bertanggungjawab oleh Rafizi Ramli (PKR- Pandan) sebelum ini berkenaan Tabung Haji turut memberi kesan kepada institusi itu. MalaysiaGazette