Alan Nason

KUALA LUMPUR –Maxis Bhd. melantik Robert Alan Nason sebagai Pengarah Eksekutif.

Beliau sebelum ini merupakan pengarah tidak bebas syarikat telekomunikasi tersebut.

Nason merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) daripada Royal Melbourne Institute of Technology dan merupakan felo CPA Australia selain ahli Institut Pengarah-Pengarah Syarikat Australia, kata Maxis dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Nason sebelum ini merupakan Pengerusi dan Pengarah Foxtel Pty Ltd. daripada 2012 sehingga Februari tahun lepas.-MalaysiaGazette