Home Ekonomi Rizab Persekutuan perkenal peraturan modal baru

Rizab Persekutuan perkenal peraturan modal baru

WASHINGTON – Rizab Persekutuan mencadangkan peraturan baru yang membolehkan beberapa bank besar mengurangkan jumlah modal yang perlu ada bagi menghadapi kejutan ekonomi masa depan.

Cadangan tersebut memberi jalan kepada sesetengah bank besar untuk mengurangkan tahap modal mereka pada masa akan datang tetapi firma terbesar di Wall Street tidak mungkin mendapat bantuan seperti itu, kata Rizab Persekutan.

Naib Pengerusia Penyeliaan Rizab Persekutuan berkata, cadangan itu diharapkan dapat mengurangkan kertas kerja bank dan memudahkan pengawalselia untuk memantau kedudukan kewangan bank.

“Langkah-langkah pengawalseliaan kami paling berkesan kerana ia mudah dan telus,” kata Randal Quarles dalam satu kenyataan.

Rizab Persekutuan berkata, perubahan yang dicadangkan itu mungkin akan meningkatkan jumlah modal yang diperlukan untuk 30 bank terbesar yang dikenali sebagai GSIBs atau bank-bank penting secara global.

Langkah-langkah ini perlu mengurangkan secara sederhana jumlah modal yang diperlukan untuk bank-bank yang lebih kecil daripada GSIB, kata Rizab Persekutuan.

“Tidak ada firma dijangka perlu meningkatkan modal tambahan disebabkan cadangan ini,” kata Rizab Persekutuan.

Bank-bank dan pemegang kepentingan mempunyai 60 hari untuk memberi maklum balas berhubung cadangan yang dijangka bermula tahun depan. – MalaysiaGazette