Home Dunia Bilionaire Jerman hilang

Bilionaire Jerman hilang

Karl-Erivan Haub

SWITZERLAND – Pasukan penyelamat telah melancarkan gerakan mengesan seorang lelaki terkaya di Jerman, yang dipercayai hilang semasa bermain ski di bandaran pergunungan Swiss.

Karl-Erivan Haub, pewaris rangkaian pasar raya Tengelmann, tidak kembali dari ekspedisi berhampiran Matterhorn sejak Sabtu lalu.

Jurucakap Tengelmann mengesahkan pencarian “kelajuan penuh” telah dilakukan untuk mengesan Haub.

Bilionaire berusia 58 tahun itu merupakan indivdu penting di firma berkenaan sejak tahun 2000.

Ia memiliki pelbagai jenama pasar raya di Jerman dan Eropah Tengah.

Laporan akhbar Handelsblatt memetik abang Haub, Christian Haub berkata, abangnya merupakan ahli ski dan pendaki yang berpengalaman.

Katanya, keluarga Haub menaruh harapan abangnya akan ditemui tetapi turut bersedia untuk menerima berita buruk. – MalaysiaGazette