KUALA LUMPUR- Toys “R” Us Inc. menerima pelbagai bidaan melebihi AS$1 bilion daripada pembeli-pembeli berpotensi bagi perniagaannya di Asia.

Peguam syarikat, Joshua Sussberg dari Kirkland & Ellis berkata, tawaran tersebut adalah untuk menguasai sebanyak 85 peratus pegangan dalam anak syarikat Toys “R” Us dan mungkin termasuk hak harta intelek.

Toys “R” Us sedang bekerjasama dengan Lazard Ltd. untuk memudahkan bidaan daripada pembeli berpotensi termasuk firma ekuiti swasta China, kata sumber yang rapat dengan perkara tersebut.

Fung Group, rakan kongsi tempatannya yang memiliki 15 peratus kepentingan dalam perniagaan Asia juga sedang berunding untuk memiliki saham tersebut, lapor Bloomberg News pada Februari.

Operasi Toys “R” Us akan ditutup tidak lama lagi selepas gagal dalam penstrukturan perniagaan yang hampir bankrap.-MalaysiaGazette