Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Abidin, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 14 APRIL 2018.

PUTRAJAYA – Lebih seribu umat Islam membanjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam majlis sambutan Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439H / 2018M sebentar tadi.

Majlis disempurnakan Najib dengan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Imam Besar Masjid Al Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Saed Sabri.

Pertama kali diadakan, ia adalah program kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Yayasan MyAQSA (MyAQSA).

Program ini juga sebagai satu usaha pihak kerajaan untuk mendekatkan lagi Masjid Al Aqsa sebagai masjid ketiga tersuci bagi seluruh umat Islam di hati dan sanubari rakyat Malaysia.

Tetamu khas dari Baitulmaqdis iaitu Sheikh Dr Ekrima Saed Sabri yang juga Imam Besar Masjidil Aqsa turut hadir mengimarahkan majlis.

Mantan Mutfi Palestin itu akan turut menerima Anugerah Khas Tokoh Al-Aqsa yang akan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. -MalaysiaGazette