Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa berswafoto bersama sebahagian pengunjung yang hadir pada Karnival Semarak Autisme 2018 sempena bulan Kesedaran Autisme Sedunia di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir mengejut pada Karnival Semarak Autisme 2018.  

Karnival itu dirasmikan oleh isterinya merangkap Penaung Program Permata, Datin Seri Rosmah Mansor di Pusat Konvensyen CIDB.

Kehadirannya yang tidak disangka-sangka itu disambut meriah dengan hadirin dalam  kalangan ibu bapa kanak-kanak autisme.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyempurnakan gimik perasmian pada Karnival Semarak Autisme 2018 sempena bulan Kesedaran Autisme Sedunia di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 APRIL 2018
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa berswafoto bersama sebahagian pesakit autisme pada Karnival Semarak Autisme 2018 sempena bulan Kesedaran Autisme Sedunia di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 APRIL 2018
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dan bersalaman bersama sebahagian kanak-kanak autisme pada Karnival Semarak Autisme 2018 sempena bulan Kesedaran Autisme Sedunia di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 APRIL 2018

Terdahulu Najib hadir pada majlis pecah tanah Hospital Kajang bagi mendirikan kompleks wanita dan kanak-kanak di Sungai Jelok, Kajang. – MalaysiaGazette