Home Dunia AS beri amaran bertindak lagi ke atas Syria

AS beri amaran bertindak lagi ke atas Syria

Donald Trump
Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memberi amaran Amerika Syarikat akan melancarkan serangan lagi jika Syria meneruskan lagi serangan kimia.

Amaran itu dikeluarkan selepas Amerika Syarikat, Britain dan Perancis menyerang tiga lokasi Syria sebagai tindak balas terhadap serangan kimia di bandar Douma seminggu yang lalu.

Syria menafikan sebarang penggunaan kimia dan mengatakan serangan itu dibuat oleh pemberontak.

Undi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa yang dibawa oleh Rusia yang mengutuk serangan yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah ditolak.

Rusia adalah sekutu Syria.

Gelombang serangan itu merupakan signifikan terhadap penentangan pemerintahan Presiden Bashar al-Assad oleh kuasa barat sejak tujuh tahun dalam perang saudara Syria.

Perwakilan Rusia di PBB, Vassily Nebenzia, yang membawa kenyataan daripada Presiden Vladimir Putin menuduh sekutu-sekutu Amerika Syarikat telah bertindak tanpa menunggu keputusan penyiasatan kimia terhadap serangan di Douma.

Pemeriksaan daripada Organisasi Larangan Senjata Kimia (OPCW) yang kini berada di Damsyik dan dijangka melawat Douma hujung minggu ini.

Nebenzia menuduh Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis sebagai “hooliganisme” (pengganas berkumpulan) dan “terbukti secara terang-terangan mengabaikan undang-undang antarabangsa”.

Bagaimanapun, Nikki Haley, wakil Amerika Syarikat di PBB pula berkata, serangan itu ‘sah, wajar dan seimbang’. – MalaysiaGazette