Sivarraajh Chandran

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC Datuk C.Sivarraajh hari ini menafikan dakwaan Presiden MyPPP Tan Sri M.Kayveas bahawa beliau masih menjadi ahli partinya yang disertai pada tahun 2004.

Dalam kenyataannya semalam Kayveas berkata Ketua Pemuda MIC itu telah menyertai MyPPP pada 21 Jun 2004 di cawangan Brickfields Utama dengan nombor keahlian 333981.

Sambil menegaskan beliau tidak pernah memohon keahlian MyPPP, Sivarraajh meminta mereka yang ada rekod keahlian beliau itu untuk tampil menunjukkan kepadanya.

“Kerana saya boleh hantar surat untuk keluar dari MyPPP.

“Saya tidak tahu di mana mereka (MyPPP) mendapat nombor keahlian itu, jika ada orang sengaja memasukkan (nama) saya menjadi ahli MyPPP, itu bukan masalah saya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MIC di sini, hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast