Home Dunia Gunung berapi Io Yama meletus

Gunung berapi Io Yama meletus

Jepun, debu
Gunung berapi Io Yama yang meletus. foto Agensi

TOKYO – Sebuah gunung berapi di Jepun meletus menyebabkan ruang udara dipenuhi debu asap dan batu.

Bagaimanapun setakat ini tiada laporan kecederaan diterima.

Letusan gunung berapi Io Yama, setinggi 1,298 meter (4,258 kaki) di pulau utama di selatan Kyushu, adalah yang terbaru dalam beberapa letusan di Jepun tahun ini.

Rakaman televisyen menunjukkan kepulan asap dari kawasan sekitar gunung dekat Kirishima, di kawasan pedalaman kira-kira 985 kilometer (616 batu) dari Tokyo.

Tahap amaran telah dinaikkan kepada tiga berbanding 2 sebelum ini daripada skala lima. – MalaysiaGazette