Petroliam menerusi anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. berjaya menghantar gas asli cecair (LNG) ke South Korean Oil Refining Company (S-Oil Corporation).

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menerusi anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. (PLL) berjaya menghantar gas asli cecair (LNG) pertama ke South Korean Oil Refining Company (S-Oil Corporation) pada Ahad lalu.

Dalam kenyataannya di sini, Petronas berkata, penghantaran itu melambangkan permulaan bekalan oleh PLL kepada S-Oil yang telah dimeterai dalam perjanjian jual beli (SPA) bertempoh 15 tahun.

Di bawah perjanjian tersebut, PLL komited untuk menghantar sehingga 0.7 juta tan LNG setahun kepada S-Oil.

Kargo dihantar dari Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak ke Terminal Posco Gwangyang oleh kapal Puteri Zamrud Satu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast