Home Nasional Tian Chua hilang kelayakan bertanding

Tian Chua hilang kelayakan bertanding

Tian Chua

PETALING JAYA – Tian Chua hilang kelayakan daripada bertanding di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-14 selepas permohonannya ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Penolakan permohonan Tian Chua itu berikutan satu kes Mahkamah Shah Alam pada tahun 2013.

Berikutan itu, Parlimen Batu menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu calon BN, Datuk Dr Dominic Lau, calon Pas, Azhar Yahya dan dua lagi calon bebas, P. Prabakaran dan S. Raja Panjamurthy yang merupakan bekas ahli MIC. – MalaysiaGazette