Home Politik MCA ikrar bantu BN rampas Batu Pahat

MCA ikrar bantu BN rampas Batu Pahat

Penggaram
Calon BN dari parti MCA DUN N.23 Penggaram, Kang Beng Kuan pada Program Perjumpaan Bersama Persatuan Ah Siong sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Bukit Perdana, Batu Pahat, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 29 APRIL 2018.

BATU PAHAT – MCA Batu Pahat berjanji akan membantu Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh berkempen PRU14 dalam usaha merampas kembali kawasan itu daripada  tangan pembangkang.

Calon MCA, N.23 Penggaram, Kang Beng Kuan berkata, meskipun beliau tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk berkempen, namun semangat dan kerja kuat daripada jentera mampu menjadikan hasrat itu menjadi kenyataan.

Selain itu kata beliau, strategi bijak yang digunakan dalam gerak kerja dan ketika bertemu pengundi perlu diselaraskan dengan tindakan agar menimbulkan keyakinan rakyat.

“Nak menang bukan senang tapi kena kerja kuatlah dengan kerja yang betul. Tapi tak mustahil untuk kita menang,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui.

Menurut Kuan, beliau mempunyai misi dan visi  tersendiri dalam membangunkan Batu Pahat agar menjadi sebuah pusat bandar komersil pada masa akan datang.

Katanya, banyak perkara yang disusun oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) untuk kepentingan penduduk boleh menjadi kenyataan sekiranya BN diberikan mandat untuk mentadbir daerah itu.

Menerusi manifestonya sendiri, Kuan berkata, warga Batu Pahat akan menjalani kehidupan yang lebih selesa apabila perancangan menbangunkan bandar terutama penempatan penduduk menjadi perkara utama sekirnya beliau dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

Kuan yang mempunyai kelebihan apabila pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Batu Pahat selama 10 tahun mampu menjadikan pengalaman serta pengetahuannya terhadap k bandar Penggaram untuk merealisasikan segala perancangannya.

Kerusi DUN Penggaram menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan Kuan bersaing dengan Gan Peck Cheng (PKR) dan Misran Samian (Gagasan Sejahtera). – MalaysiaGazette